Sunday, May 8, 2011

Sila
pasti semua yang bertanda
* diisi dengan lengkap dan tepat.


Nama
Penuh:*


Nama
Trading:*


NRIC
or No. Passport:*


Bangsa:*


Jentina:*

Lelaki Perempuan

Tarikh
Lahir:*


Alamat:*


Poskod:*


Bandar:*


Negeri:*


Negara:*


Nombor
Telepon:*


E-mail:*


Password:*


Komfirm
Password:*

Informasi Bank Akaun.


Jenis
Bank:

Maybank Alliance
Bank CIMB Bank

No.
Akaun:


Bank
Lokasi:


Negara:

Informasi Pewaris.


Nama:


NRIC
or No. Passport:


Hubungan:


No.
Telepon:

[+/-] Selengkapnya...

Friday, March 25, 2011


Ubah Hidup Matlamat Nombor 1  E-mail
dr_3.jpg
BERUSIA 42 tahun berkelulusan dari UiTM dan berasal daripada Negeri Sembilan serta mempunyai dua orang cahayamata, Noor Azmi A Karim merupakan orang pertama yang mempercayai dan yakin tentang sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Uptrend Network Sdn Bhd (UPTREND) pada awal tahun 2004 yang pada ketika itu beroperasi di sebuah pejabat kecil di Bangsar bersebelahan Alliance Bank.


Menceritakan detik awal penglibatan beliau di dalam UPTREND, beliau berkata, adalah agak sukar untuk menyakinkan kawan-kawan dan orang yang hampir dengan beliau tentang potensi perniagaan yang UPTREND perkenalkan. Keadaan pejabat pada ketika itu amat daif hinggakan jika bawa prospek ke pejabat pasti prospek akan hilang keyakinan apatah lagi untuk mempercayai peluang perniagaan yang beliau perkenalkan.

Pada awal penglibatan, beliau memang tidak dapat menunjukkan sebarang bukti. Pada masa itu, apa yang beliau ‘jual’ hanyalah tentang kesungguhan yang ada pada pihak pengurusan UPTREND.
“Saya hanya melihat pada pengalaman dan ‘track record’ barisan pengurusan UPTREND bermula daripada Puan Susie Yeoh, Presiden UPTREND, Gary Gan, Peter Wong dan Dr. Ahmad Daud. Pengalaman yang mereka ada serta ‘track record’ yang bersih serta kejayaan yang telah mereka capai membuatkan saya yakin dan percaya bahawa UPTREND boleh pergi jauh. Hari ini saya menyedari bahawa keputusan yang saya buat adalah tepat,” katanya terus terang dalam satu wawancara eksklusif bersama majalah SUKSES.

Bagi beliau, kecekapan serta pengalaman mereka yang menguruskan syarikat adalah ciri-ciri yang amat penting sekali diberikan perhatian sebelum membuat keputusan untuk menyertai sesebuah syarikat terutama perniagaan berteraskan ‘networking’.

Berdasarkan pengalaman beliau, banyak syarikat ‘networking’ lingkup dan tutup adalah disebabkan masalah pengurusan yang lemah atau kurang pengalaman. Perkara ini sering kita terlepas pandang, malah kita mudah membiarkan diri kita digula-gulakan dengan janji-janji manis sedangkan mereka tidak jujur dan ikhlas serta mempunyai agenda yang tersembunyi.

Menurut Azmi, beliau bukanlah seorang yang hebat malah dunia IT (komputer) terlalu asing bagi beliau kerana beliau hanyalah orang biasa, cuma beliau bernasib baik kerana menerima peluang sebelum orang lain mendapat peluang dan peluang itu beliau rebut dengan bertindak mengambilnya. Setelah meneliti latar belakang mereka yang bertanggungjawab menguruskan syarikat, beliau terus bertindak.

Menurut Azmi lagi, kebanyakkan orang bila mendapat peluang sukar membuat keputusan untuk bertindak, mereka masih asyik untuk terus berfikir, berfikir tentang perkara-perkara yang negatif seperti, tiada pengalaman, tiada kawan, tiada modal dan berbagai-bagai alasan negatif diberikan.

Bagi Azmi, untuk berjaya jangan ada perasaan rendah diri. Yang penting ialah cuba mencari kebolehan serta kehebatan diri yang tersembunyi dan mengeluarkan kebolehan yang ada supaya digunakan untuk berhijrah daripada manusia biasa kepada manusia yang luar biasa.

Motto UPTREND iaitu ‘Breaking Your Personal Best’ amat bertepatan dengan azam beliau iaitu untuk berusaha memecahkan rekod pencapaian terbaik peribadi beliau dan selain daripada itu keadaan atau desakan hidup membuatkan beliau tiada pilihan lain sama ada ‘Do or Die!’

1___bersama_kereta_keretanya_new.jpgHari ini beliau merasa puas hati kerana telah berjaya melahirkan lebih daripada 27 orang jutawan di bawah jaringan beliau dalam masa tidak sampai tiga tahun setengah. Bangga dengan langkah pertamanya telah berjaya mengubah ramai orang biasa menjadi luar biasa.

Apa yang lebih membanggakan ialah beliau kini memiliki lebih 200 ribu orang ‘business partner’ (BP) di bawah jaringan beliau termasuk dalam dan luar negara seperti Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan juga Hong Kong.

Azmi memberitahu bahawa ‘business partner’ dalam jaringan beliau terdiri daripada berbagai kategori latar belakang dan pendidikan malahan ramai golongan profesional telah menyertai bisnes UPTREND yang beliau perkenalkan.

Sesuatu yang menakjubkan beliau ialah ada di antara ‘business partner’ beliau telah berjaya mengatasi pendapatan beliau malah ada yang memiliki kereta mewah yang jauh lebih mahal daripada apa yang beliau miliki. Beliau sedikitpun tidak merasa cemburu atau iri hati dengan pencapaian ‘business partner’ beliau kerana ini membuktikan bahawa bisnes dan sistem UPTREND adalah adil. Malah beliau sangat berbangga dan berpuas hati apabila melihat kejayaan ‘business partner’ beliau.

Azmi berazam untuk melahirkan lebih ramai lagi jutawan menjelang Majlis Gemilang UPTREND (MGU) 2008.

Azmi berkata, jika kita mempunyai keazaman yang kuat dan disiplin yang tinggi serta memberikan tumpuan dalam bisnes yang kita jalankan serta tidak mudah kecewa, kejayaan itu pasti akan menjadi milik kita walaupun kita bukan manusia yang hebat.

“Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali mengalah dan berhenti separuh jalan, tanamkan sikap yakin dan percaya bahawa ‘suatu hari masa untuk aku akan sampai juga’,” pesan beliau pula.

Azmi menjelaskan, ahli-ahli sekarang atau prospek yang ingin melibatkan diri dalam bisnes UPTREND ini amat bernasib baik kerana mereka lebih mudah menjalankan bisnes UPTREND ini kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyakinkan prospek sebab terlalu banyak bukti untuk menyakinkan prospek.

Jelas Azmi lagi, mereka yang menjalankan bisnes ini di peringkat awal telah melakukan berbagai perkara yang tidak dilakukan oleh ahli-ahli sekarang, hutan telah dibersihkan, onak duri telah dihapuskan dan jalan telah terbentang luas. Perit jerih, kesengsaraan serta dugaan dan cabaran ahli-ahli sekarang tidak sehebat ahli-ahli yang awal.

Menceritakan tentang pencapaian yang dicapai sepanjang menjalankan bisnes UPTREND, dengan perasaan rendah diri beliau menzahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana terlalu banyak perubahan dalam kehidupan beliau malah sesuatu yang beliau banggakan ialah beliau berjaya menebus maruah dan harga diri beliau yang selama ini dipandang rendah dan dihina baik kawan-kawan mahupun di kalangan ahli keluarga sendiri. Ada juga di kalangan ahli keluarga terdekat yang sudah nampak perubahan dalam hidup kita masih lagi berdiam diri dan yang lebih menghairankan ialah mereka tidak mahu menerima hakikat atau bersama kita malah ada yang memilih jalan yang bertentangan.

4___melancong_B.jpg
“Pernah suatu ketika dahulu kereta Honda Prelude saya ditarik di depan kawan-kawan dan jiran-jiran saya, tetapi hari ini melalui bisnes UPTREND, saya berjaya mendapatkan kembali kereta tersebut dan secara tidak langsung maruah diri dan harga diri yang dihina dan tercalar suatu ketika dulu berjaya ditebus kembali.

“Oleh sebab itu saya melihat bahawa bisnes UPTREND bukan sekadar buat duit malah lebih jauh daripada itu ialah bagaimana UPTREND boleh dijadikan satu platform untuk mempertingkatkan nilai dan maruah diri,” jelas beliau lagi.

Selanjutnya Azmi berkata, beliau berjaya menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan menghadiahkan kepada kedua orang tuanya sebuah rumah yang selama ini adalah terlalu mustahil untuk beliau laksanakan. Dulu beliau tidak mampu untuk berbuat apa-apa, beliau hanya mampu pandang rumah pangsa yang didiami oleh kedua orang tuanya untuk tempoh yang agak lama. Satu ungkapan yang selalu beliau ungkapkan ialah, ‘Kita Biasanya jarang menyesali Perkara Yang Telah Kita Lakukan, Tetapi Kita Akan Menyesali Seumur Hidup Terhadap Perkara Yang Tidak Sempat Kita Lakukan’.

Bagi Azmi, UPTREND sememangnya telah mengubah corak kehidupan diri beliau dari seorang yang tidak memiliki kehebatan bertukar menjadi seorang yang luar biasa.

Dengan mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes UPTREND, beliau telah memiliki empat buah kereta termasuk Honda Prelude yang berjaya dimiliki kembali. Selain menghadiahkan rumah untuk kedua orang tuanya, beliau juga telah memiliki beberapa buah rumah sebagai aset untuk masa depan serta mampu untuk membawa anak-anak dan isteri beliau bercuti ke luar negara.

Azmi amat berterima kasih kepada pihak pengurusan UPTREND yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat serta perangsang untuk beliau pergi lebih jauh sehinggakan beliau merasakan sebelah kaki di pihak pengurusan dan sebelah lagi di pihak ‘network’.

Beliau juga  mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan UPTREND yang banyak membantu beliau dan beliau juga mengingatkan kepada mereka yang menjalankan bisnes UPTREND agar jangan jemu untuk menimba ilmu. UPTREND menyediakan terlalu banyak kursus serta bengkel-bengkel latihan termasuk bengkel latihan produk bertujuan untuk memperlengkapkan ilmu kepada ahli-ahlinya.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan Azmi kepada pemimpin-peminpin utama dan ‘business partner’ UPTREND di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi sehingga mampu meletakan UPTREND di antara syarikat yang paling menonjol ketika ini dan meletakkan sebaris dengan syarikat gergasi MLM di Malaysia.

Sesuatu yang unik mengenai kelebihan di UPTREND yang sukar didapati di tempat atau syarikat-syarikat lain ialah kursus-kursus yang disediakan diajar oleh orang kuat syarikat. Di UPTREND, Presiden UPTREND sendiri iaitu Gary Gan yang memang mempunyai pengalaman luas dalam dunia ‘networking’ mengendalikan kursus-kursus yang disediakan.

Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar pemimpin-pemimpin UPTREND menggalakkan ahli-ahli dalam jaringan mereka untuk menimba ilmu dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan seperti NEW, TTT dan juga ‘Leadership Seminar’ serta menggalakkan mereka selalu datang ke ibu pejabat untuk menimba ilmu.

Azmi juga memberitahu bahawa dengan ilmu yang ada dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, orang biasa yang tidak hebat akan bertukar menjadi orang yang luar biasa hebat dan itulah antara rahsia kejayaan beliau dan yang beliau amalkan sehingga ke hari ini.

“Saya bersyukur kepada Allah dan sampai sekarang saya rasa macam tidak percaya bahawa saya boleh jadi jutawan. Saya tidak hebat. Kalau orang se¬perti saya boleh buat, saya percaya orang lain yang lebih hebat mesti boleh buat asalkan ada keinginan yang tinggi” demikian tegasnya berulang kali.

dr_2.JPGMengenai kritikan serta tohmahan, beliau tidak peduli apa yang orang hendak kata tentang bisnes dan syarikat UPTREND. Apa yang penting, beliau dan ramai lagi jaringannya yang telah berjaya sehingga kehidupan mereka telah berubah. Apa sekalipun tanggapan orang, akan lahir lebih ramai lagi orang yang bergelar jutawan di UPTREND pada tahun 2008.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari peluang atau ingin berubah daripada seorang yang biasa kepada seorang yang luar biasa hebat, Azmi juga mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang bisnes UPTREND datang ke centre beliau di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras atau menghubungi beliau 019-2080645 begin_of_the_skype_highlighting              019-2080645      end_of_the_skype_highlighting.

Di akhir wawancara, Azmi berkata ‘orang bijak memilih platform yang betul dan pada masa yang tepat’, maksud beliau gunakan kehebatan yang ada di tempat yang betul pada masa yang betul, itulah rahsia yang diungkapkan oleh Bill Gates dan ‘Nak berjaya, ikut orang yang dah berjaya, nak gagal, ikut kata orang gagal’.

[+/-] Selengkapnya...

ASAL USUL MLM (Multi-Level Markeing)

MENGETAHUI sejarah asal-usul sistem pemasaran berperingkat (MLM) boleh memberi pemahaman lebih mendalam mengenai tujuan asal kaedah pemasaran ini dicipta. Apabila bercakap mengenai MLM, kita tidak boleh memisahkannya daripada kewujudan Amway Corporation dan produknya, Nutrilite.

Konsep Nutrilite dimulakan pada awal tahun 1930 oleh Carl Rehnborg, seorang usahawan Amerika yang pernah tinggal di China pada tahun 1917 hingga 1927.

Pengalaman tinggal di negara terbesar dunia itu memberi peluang keemasan kepada Rehnborg untuk meneliti kesan diet yang tidak sempurna. Kehidupan yang lasak di China juga mendorong beliau mempelajari banyak perkara mengenai nutrisi ketika itu.

Akhirnya, Rehnborg membuat kesimpulan bahawa diet yang seimbang diperlukan untuk membantu tubuh tetap mampu berfungsi dengan seimbang. Hasilnya, beliau mendapati makanan tambahan adalah perlu sebagai diet yang mampu menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh tanpa mengambil kira tabiat makan seseorang.

Setelah melakukan eksperimen selama tujuh tahun, akhirnya Rehnborg berjaya menghasilkan makanan tambahan. Beliau memberikan hasil penemuannya itu kepada rakan-rakan untuk dicuba.

Sam, anak Rehnborg yang akhirnya menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Nutrilite menyatakan: "Setelah beberapa lama, ayah akan mengunjungi rakan-rakannya untuk melihat hasil yang diperoleh. Ayah terjumpa produk yang diberikannya itu berada di dalam laci tidak digunakan. Perkara tersebut remeh bagi rakannya kerana menganggap produk itu tidak berguna apa-apa. Akhirnya, ayah menemui prinsip asas, iaitu meminta rakan-rakannya membayar harga produk yang diberikan kepada mereka itu.

Apabila produk itu dijual, rakan-rakannya mengambil produk tersebut dan amat menyukainya. Mereka mahu rakan-rakan lain turut mendapatkannya. Apabila mereka meminta ayah saya menjual produk itu, ayah saya menjawab, “Awaklah yang menjualnya kepada rakan-rakan awak dan saya akan memberi komisen kepada awak.”

Perniagaan makanan tambahan Carl Rehnborg ini diberi nama California Vitamin Corporation yang kemudian bertukar menjadi Nutrilite Products pada tahun 1939.

[+/-] Selengkapnya...